- Mampatkan IMEJ
- Ubah saiz IMEJ
- Memotong IMEJ
- Menukar kepada JPG
- Editor gambar
- Alatan lain
- SEMUA ALATAN GAMBAR
Bertapak di Barcelona sejak tahun 2016, iLoveIMG menawarkan alatan mengedit imej yang mudah untuk digunakan, dimuat dengan pantas dan menyiapkan tugas yang diperlukan.
iLoveIMG dihasilkan selepas iLovePDF, aplikasi web yang telah membantu berjuta-juta pengguna menjimatkan masa untuk keperluan PDF mereka.
Dalam masa dua tahun sahaja, iLoveIMG telah membina komuniti berjuta-juta pengguna dari seluruh dunia, menggunakan 25 bahasa dan telah memproses lebih daripada 10 juta imej.
Kit alatan percuma kami memberikan pengguna perisian untuk memampat, menukar saiz, memutar dan menukar imej dalam kuantiti yang banyak, dalam beberapa saat sahaja.
Pada tahun 2018, kami telah melancarkan versi web baru yang telah direka bentuk semula sepenuhnya. Pengguna kini boleh menikmati had yang lebih tinggi, aliran kerja yang lebih mudah, serta pelbagai alatan dan perkhidmatan Premium tanpa iklan.
iLoveIMG kini terus berkembang dan telah bersedia untuk mencapai langkah besar seterusnya - aplikasi mudah alih. Akan datang tidak lama lagi.