- Mampatkan IMEJ
- Ubah saiz IMEJ
- Memotong IMEJ
- Menukar kepada JPG
- Editor gambar
- Alatan lain
- SEMUA ALATAN GAMBAR
Untuk memampatkan imej, pilih dokumen dari peranti anda, akaun Google Drive atau Dropbox. Fail-fail akan dimampatkan kepada saiz fail terkecil yang mungkin di samping mengekalkan kualiti terbaik. Selepas pemprosesan, apa yang anda perlu lakukan ialah memuat turun gambar mampatan anda atau hantarnya kembali ke akaun berasaskan awan anda.
Untuk menukar saiz imej, pilih daripada peranti, akaun Google Drive atau Dropbox anda. Anda akan melihat pratonton gambar anda dengan saiz fail asalnya. Sekiranya anda cuba mengubah saiz imej yang berbeza dengan mengekalkan bahagian asal, nilai lebar dan ketinggian yang anda berikan akan dianggap sebagai nilai maksimum sahaja. Anda boleh menyemak nilai lebar dan ketinggian yang dihasilkan di bawah setiap pratonton imej. Kemudian, muat turun gambar anda atau hantarnya kembali ke akaun berasaskan awan anda.
Untuk memotong imej, pilihnya dari peranti, akaun Google Drive atau Dropboxanda. Anda akan melihat pratonton gambar anda. Sekiranya anda ingin memotong imej tunggal, anda boleh melakukannya secara manual, melaraskan kotak sekitar bahagian yang anda mahu potong. Jika anda memilih kumpulan imej untuk dipotong, anda boleh memotongnya dalam nisbah aspek yang paling biasa (3:2, 4:3, 5:4, 1:1, 4:5, 3:4, 2:3). Selepas memotong, anda boleh mengubah saiz imej anda untuk mengurangkan saiz failnya jika perlu.
Untuk menukar ke JPG atau dari JPG, hanya pilih fail dari peranti anda, akaun Google Drive atau Dropbox. Anda akan melihat imej kecil gambar anda. Apabila memuat naik JPG, anda boleh menukarnya kepada PNG atau GIF. Anda boleh mengubah gambar TIF, PNG, GIF dan RAW anda ke format JPG. Seterusnya, tekan pada tukar dan muat turun fail anda atau simpannya kembali ke akaun berasaskan awan anda.
Untuk memutar imej anda, pilihnya dari peranti, akaun Google Drive atau Dropbox anda. Kemudian klik pada ikon untuk memutarkannya ke sudut pilihan anda. Anda hanya boleh memilih gambar format landskap atau potret. Alat ini amat berguna untuk memutar kelompok imej dengan hanya satu klik.
Gunakan alatan "Tukar daripada JPG" kami untuk mencipta sendiri GIF animasi. Pilih lebih dari satu fail JPG dari peranti, akaun Google Drive atau Dropbox anda. Anda akan melihat pratonton gambar anda. Kemudian tentukan saat setiap imej dan pilih jika anda hendak membuat satu gelung atau tidak. Akhir sekali, tekan tukar dan muat turun GIF animasi anda.
Anda boleh mengaturkan fail anda sesuka hati anda. Cukup klik pada gambar kecil bagi gambar anda dan seretnya untuk meletakkannya di tempat yang anda pilih. Anda juga boleh mengaturkannya mengikut susunan abjad atau susunan abjad songsang.
Sambungan Internet yang perlahan dan fail saiz yang besar boleh menjejaskan kelajuan pemprosesan dan memuat naik. Jika pelayar anda mengalami sebarang gangguan semasa memproses fail anda, anda akan dapat menyemak status pemprosesan di halaman "Fail terakhir diproses" dari akaun anda.
Fail anda yang diproses akan kekal di pelayan kami hanya untuk memberi anda masa yang cukup untuk memuat turunnya. Mengikut jenis pengguna anda, tempoh masa ini adalah dari 1 hingga 2 jam. Walaupun demikian, anda boleh memadam fail anda selepas tamat penukaran anda dengan mengklik pada ikon ().
Fail yang anda ingin proses tidak perlu disimpan dalam peranti yang sama. Ini bermakna jika anda mempunyai Akaun Google Drive atau Dropbox, anda boleh memuat turun fail anda terus ke halaman kami. Setelah fail anda diproses, anda boleh menyimpannya kembali ke akaun berasaskan awan anda. Fungsi ini sangat membantu apabila menggunakan iLoveIMG dari peranti mudah alih atau tablet.
Terdapat dua cara untuk memuat naik gambar anda dengan pantas. Anda boleh seret dan lepas gambar anda dari desktop anda terus ke halaman kami. Atau anda boleh memilih gambar anda dengan mengklik padanya secara individu. Untuk pemilihan yang berbilang, apabila fail disusun secara berturut-turut, klik yang pertama dan yang terakhir yang anda mahu pilih sambil menekan butang "Shift".
Versi baru iLoveIMG telah direka bagi memastikan aliran kerja yang licin dan meningkatkan pengalaman pengguna anda. Walau bagaimanapun, jika anda menemui sebarang isu atau ingin memberi sebarang maklum balas, Sila hantarkan e-mel kepada kami. Kami gembira untuk membantu anda.