- Mampatkan IMEJ
- Ubah saiz IMEJ
- Memangkas IMEJ
- Menukar kepada JPG
- Editor gambar
- Alatan lain
- SEMUA ALATAN GAMBAR
Berpusat di Barcelona, iLoveIMG menawarkan sejak 2016, alat penyuntingan imej yang mudah dan senang digunakan yang dapat dimuatkan dengan cepat dan menyelesaikan tugasnya. Kami sendiri tahu yang menguruskan fail kadangkala boleh menjadi satu beban yang memakan masa, jadi kami berasa lebih baik jika anda dapat meluangkan masa ini melakukan perkara yang membuatkan anda gembira.
Ketika kami menghasilkan iLovePDF dahulu, matlamat utama kami adalah untuk memberikan perkhidmatan percuma, mudah diakses dan berkualiti tinggi untuk memuaskan keperluan anda ketika menguruskan fail PDF dalam talian. Terima kasih kepada anda, projek ini menjadi salah satu daripada 1500 laman web internet yang paling banyak dilawati dan, oleh kerana memberi manfaat adalah apa yang memotivasikan kami, satu idea mula muncul: Kenapa tidak membantu anda menjimatkan masa ketika mengendalikan imej anda?
Dalam usaha untuk membuatkan dunia penyuntingan dalam talian yang lebih mudah, kami melancarkan iLoveIMG. Jadi sekarang, anda boleh mengubahsuai imej secara pukal dengan mudah, pantas! Dan jimatkan masa berharga anda bagi hal yang lebih penting. Semua yang anda perlukan untuk memampat, memotong, menukar dan mengubah saiz ada di sini. Malah anda juga boleh membuat GIF beranimasi dengan hanya beberapa klik. Dan, ya, ia juga percuma.
Kami sangat percaya yang anda adalah tunjang aktiviti kami, sebab itulah mengapa pasukan jurutera kecil kami berusaha untuk menyediakan pada anda pengalaman pengguna yang paling mesra dan berusaha sepenuhnya untuk mengemas kini ciri-ciri kami. Walau bagaimanapun, kami masih memerah otak untuk tampil dengan alat baru yang hebat. Dan jika anda baik hati untuk memberi cadangan, tulis saja pada kami. Kami ingin mendengar pendapat anda dan memperbaikinya.